Mengenai Kami
Shawkany Industries menyediakan pelbagai jenis produk berasaskan kopi dan tenusu pra-campur. Untuk memenuhi keperluan setiap pelanggan kami juga menyediakan produk-produk lain yang berkaitan seperti minuman kolagen dan kesihatan. Kami juga bangga mempunyai produk keluaran dari syarikat kami sendiri yang telah dipasarkan ke seluruh Malaysia dan Asia tenggara. Bermula dari proses perancangan awal hingga peringkat jaminan kualiti, kami memastikan barangan kami mempunyai mutu yang berkualiti dan tiada tandingan.
​
Sebagai peneraju industri yang terkenal, kami sentiasa bekerjasama dengan semua jenis pelanggan - tempatan atau global, besar atau kecil. Kualiti yang tiada tandingan adalah asas kepada syarikat kami, dan merupakan daya penggerak di belakang semua keputusan; sama ada dari segi bahan pembuatan yang digunakan atau memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kami.
Kami bekerja dalam bidang yang sangat kompetitif, jadi kami sentiasa melabur dalam teknologi dan penyelidikan untuk memastikan kami terus mendahului di hadapan. Komitmen kami terhadap kualiti menjamin kejayaan dan kepuasan anda.
Susu kambing, Kopi premix, chocolate malt, goji guarana, cappuccino

